Terdahulu, pelakon Aaron Aziz ada mendedahkan namanya dibuang oleh produksi filem terbaru arahan Syamsul Yusof iaitu The Original Gangster.
Bagaimanapun, aktor itu enggan menceritakan hal sebenar mengenai perselilsihan faham yang berlaku antara mereka demi menjaga aib kedua-dua belah pihak.
Namun, Syamsul dalam sidang medianya pada Rabu mendedahkan dia berbuat demikian atas dasar risau terhadap kesihatan rakannya yang mengalami slipped disc iaitu disc dari tulang belakang berganjak dari tempat asal.
Risau akan kesihatan sebagai sahabat
“Saya sebagai sahabat dia, saya takut. Saya ini jenis pengarah selalu ‘push’ pelakon saya di set penggambaran. Pasal sekali lagi, Aaron ada slipped disc,”ujarnya.
@budieychannel Rupanya ini sebab Syamsul Yusof gugurkan nama Aaron Aziz #sembangentertainment #syamsulyusof ♬ original sound – Budiey
“Fighting scene, melompat, saya takut jadi apa-apa. Saya juga dipersalahkan. Jadi, saya risau tentang itu. Itu nombor satu,”jelasnya.
Selain itu alasan kedua ialah ramai yang terlibat dalam filem berkenaan seperti Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairi tidak yakin bahawa Aaron Aziz boleh menjayakannya.
“Nombor dua, Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairi, penerbit saya, team, semua cakap mereka tidak yakin Aaron boleh berlakon dalam filem The Original Gangster dengan kondisinya,”katanya lagi.
Jelasnya, sebelum bermula penggambaran, semua barisan pelakon perlu menjalani ‘strength training’ dan dari situ mereka berpendapat pelakon kelahiran Singapura itu mempunyai masalah ‘slipped disc’.
Sehingga kini, belum ada sebarang kata balas dan penjelasan daripada pihak Aaron Aziz mengenai hal ini.
Untuk makluman, filem The Original Gangster turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.
Sumber: TikTok @budieychannel