Proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan hari ini menemiui kegagalan.

Menurut Puteri Sarah Liyana Megat, 38, puncanya ialah Syamsul telah memintanya menarik semula kes saman terhadap keluarga Kazar Saisi dan memohon diskaun nafkah anak dan mutaah.

“Dia telah menetapkan beberapa syarat untuk dia melepaskan saya dan saya tidak bersetuju. Pertama dia mahu saya tarik balik semula kes saman terhadap keluarga Ira Kazar. Saya tidak akan tarik kes! Untuk apa saya berjuang selama ini kalau saya tarik kes? No, saya akan teruskan.”

“Kedua, dia minta diskaun tuntutan nafkah anak-anak dan mutaah. Saya tidak mahu beritahu amaun sebab nanti memalukan. Syamsul minta diskaun yang sangat banyak dan pihak saya tidak setuju.”

Difahamkan Syamsul meminta pengurangan sebanyak 30 peratus bagi nafkah anak-anak dan 80 peratus bagi nafkah mutaah.

Nafkah tidak sampai jutaan ringgit

Tambah Sarah lagi, tuntutan nafkah yang dikemukakan tidak mencecah jutaan ringgit. Malah dia mengakui Syamsul ammpu membayarnya.

Jangan takut, saya tidak minta pun harta sepencarian dengan dia, saya minta banyak kepada anak-anak. Kalau fasal anak-anak pun minta diskaun, this is to much! Saya akan terus lawan demi anak-anak.

“Tuntutan saya tidak sampai sejuta ringgit pun. Jumlah kami sangat sikit. Saya tidak tahu alasan dia meminta diskaun.”

“Saya hari ini 50-50 puluh rasa dilepaskan, tetapi kalau melibatkan anak-anak sampai tahun 2030 saya sanggup lawan.”

“Saya minta jumlah demikian sebab saya tahu Syamsul mampu.”

Sumber: Oh Bulan!

[fbcomments]