Tindakan pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shahiezy Sam upload gambar produknya di Instagram mengundang kecaman netizen apabila dianggap berunsur lucah dan menggunakan cara pemasaran murahan.

Syatilla berkata mereka sememangnya sengaja menggunakan foto yang membawa pelbagai maksud dan sudah menjangka perkongsian itu akan mendapat perhatian ramai.

Kalau mereka nampak benda itu secara negatif memang automatik ia akan jadi negatif. Tapi kalau berbeza pula kalau mereka pandang secara positif. Ikut pada pandangan individu itu macam mana.

Sebab bukan gambar straight foward. Saya dan Sam memang sengaja wujudkan double meaning dalam foto tersebut. Memang kami dah jangka benda ini (kecaman) dan ini bermaksud apa yang kami cuba sampaikan berjaya.

Tiada niat untuk lucah

Menurut beliau lagi, mereka tiada niat untuk kelihatan lucah.

Tiada niat buat sesuatu yang nampak lucah. Tapi kalau dah netizen pandang benda itu secara negatif, kami tak boleh nak kawal apa yang mereka rasa. Bagi saya, bad marketing is still marketing.

[fbcomments]