Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq dilihat bersama artis popular Amelia Henderson di gelanggang badminton baru-baru ini.

Pemuda itu pernah berjumpa dengan Amelia untuk sesi podcast Studio Sembang sebelum ini.

VIDEO] 'Saya Ni Pelik Sikit' – Syed Saddiq Pernah Kantoi Tidur Dalam  Panggung Wayang
Syed Saddiq ditemubual Amelia untuk Studio Sembang baru-baru ini

Syed Saddiq yang sering menggemparkan warga net dengan keletah kesukanannya yang menghiburkan itu telah berkongsi pengalamannya bermain badminton dengan Amelia Henderson.

“Syed Saddiq vs Amelia Henderson. Siapa yang menang? Dua dua memang super competitive. Nak menang supaya boleh dijadikan bahan membahan sampai sesi seterusnya.”

Dalam video tersebut terlihat gelagat mereka yang bersemangat mengejar skor kemenangan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji kehebatan Ahli Parlimen Muar itu dalam bermain badminton.

Ramai juga yang terhibur apabila pasangan beregunya, Amelia tidak dapat memukul bola kerana tindak tanduknya yang lebih cepat menyelamatkan bulu tangkis tersebut.

Video tersebut telah meraih 80 ribu tanda suka setakat hari ini.

Sumber: Instagram @syedsaddiq

[fbcomments]