fbpx

Seorang wanita yang hampir maut selepas dihempap kayu balak ketika berhenti di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan, kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mangsa Kini Semakin Stabil

Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, memberitahu bahawa adiknya, Siti Norelyana, 21, yang kini dalam pemantauan rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, menunjukkan perkembangan positif.

“Alhamdulillah, adik saya kini stabil dan doktor telah memberitahu bahawa dia mempunyai peluang untuk sembuh. Organ dalamannya juga tidak terjejas, syukur kepada Allah,” katanya melalui aplikasi TikTok pada hari Khamis.

Sebelum ini, kemalangan ngeri telah berlaku di mana Siti Norelyana dihempap oleh kayu balak yang jatuh dari sebuah lori ketika dia sedang berhenti di lampu isyarat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang iaitu Superintenden Sik Choon Foo menjelaskan bahawa kemalangan itu terjadi akibat turn-table lori balak yang patah ketika lori tersebut sedang mengambil selekoh, menyebabkan kayu balak terjatuh dan menimpa mangsa.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]