fbpx

Baru-baru ini, suami kepada penyanyi terkenal Syura telah terlibat dalam satu insiden yang mencemaskan apabila mengalami kecederaan serius akibat letupan tong gas di sebuah homestay.

Insiden tersebut menyebabkan suami Syura mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh, termasuk muka, kaki, dan tangan.

@syurabadron86

Replying to @CLASSYGLAMM bawak2 lah istifar sis.. 😌

♬ La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef

Syura Dan Suami Sudah Reda Dengan Kejadian Yang Menimpa

Namun, situasi tersebut mendapat perhatian ramai apabila satu video TikTok yang dimuat naik oleh Syura mencetuskan reaksi daripada netizen. Ada yang berpendapat bahawa mereka sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemilik homestay tersebut, namun Syura menjelaskan bahawa segala keputusan dibuat selepas berbincang dengan suaminya.

“Bila kata saya terpaling baik sampai tidak terfikir keadaan suami, saya anggap itu sudah melampau. Sebelum buat apa-apa keputusan, saya tanya suami dahulu bukannya saya memandai-mandai.

“Saya tanya suami nak ambil tindakan atau tidak kepada pemilik homestay tetapi dia kata tak mengapa sebab sudah reda,” jelas Syura.

Dalam video yang berdurasi dua minit itu, Syura turut menjelaskan bahawa pemilik homestay telah memohon maaf dan menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menemani suaminya di wad kecemasan selepas kejadian tersebut.

“Apa yang berlaku adalah kemalangan dan bukan sesuatu yang disengajakan. Musibah Allah nak bagi dekat mana-mana sahaja,” tambahnya.

Sebagai seorang selebriti, Syura berharap agar orang ramai lebih berhati-hati dalam memberikan pendapat mengenai sesuatu perkara dan mengelakkan kata-kata negatif.

Kredit: TikTok syurabadron86

 

 

[fbcomments]