fbpx

Aktres dan usahawan terkenal Malaysia iaitu Izara Aisyah selamat menimang cahaya mata perempuan kedua. Berita gembira tersebut telah disahkan sendiri oleh suaminya yang merupakan anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid menerusi laman Instagram miliknya pada petang Jumaat, semalam.

Timang Puteri Kedua

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Adib di Instagramnya, beliau meluahkan rasa syukur atas kelahiran puteri keduanya yang dilahirkan dengan cukup sifat dan selamat.

“Alhamdulilah.. Menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami. Terima kasih untuk semua doa”, tulisnya. Video tersebut memaparkan gelagat Adib mendukung bayinya dengan wajah gembira sambil puteri pertama iaitu Irisa Alaila, 3, dilihat bermain-main dengan adiknya.

Bagaimanapun, Izara tidak memberi sebarang butiran tentang anaknya itu termasuk tarikh beliau bersalin.

Syukur Alhamdulilah Dan Tahniah!

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen dan juga rakan artis yang tidak henti mengucapkan ucapan tahniah kepada pasangan ini yang turut disertai dengan ucapan Alhamdulilah atas kurniaan dan rezeki terhebat dari Allah.

Sekadar info tambahan, Izara Aisyah dan suaminya Adib Khalid telah mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan dari hasil perkahwinan mereka ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Irisa Alaila, 3.

Kredit: Instagram Izara Aisyah & Adib Khalid

[fbcomments]