Pemain bola sepak Malaysia, Safawi Rasid mendedahkan isterinya yang juga pelakon dan pempengaruh iaitu Syifa Melvin sedang sarat hamil 6 bulan.
Menerusi perkongsian di laman TikTok yang tular semalam, Safawi mengesahkan dan memberitahu kepada pihak media berkenaan berita gembira itu sejurus usai perlawanan antara Malaysia dengan Kepulauan Solomon.
Teka Teki Sudah Terjawab
“Ya betul dia sedang mengandung. Gol tadi hadiah untuk isteri saya”. “Doakan semoga semuanya selamat. Usia kandungan sudah enam bulan”, kata Safawi selepas menjawab sesi interview.
Syifa Melvin juga tidak menunjukkan diri beliau berbadan dua di media sosial, jadi menerusi aksinya yang menyumbat bola ke dalam baju semasa perlawanan persahabatan antarabangsa semalam sudah cukup untuk memberi “hint” isterinya sudah ada kandungan.
Ucapan Tahniah Diucapkan Oleh Netizen
Menjengah di ruangan komen TikTok tersebut, rata-rata kesemua netizen sudah mengagak tentang berita kehamilan Syifa.
“Dah agak dah sebab syifa lain sangat dalam live“
“Wah tahniah pawi dan syifa.. patut dia masuk gol raikan dengan letak bola dalam baju. Dah agak dah”
“Pandai sorok. know know 6 bulan dah. Tahniah joyah and pawi”
Kredit: TikTok Nadhieeerah, Mstar