fbpx

Pelakon veteran Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad, 74, baru-baru ini mendedahkan bahawa dirinya tidak mampu lagi untuk menerima tawaran dalam bidang lakonan selepas menghidapi beberapa masalah kesihatan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim Hulur Sumbangan

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh Perdana Menteri ke-10 Malaysia iaitu @Anwar Ibrahim di laman Facebook, ia memaparkan beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau menghulurkan sedikit bantuan kepada Mak Jah sebagai usaha untuk membantu meringankan bebannya dengan keadaan masalah kesihatannya.

Bantuan tersebut diserahkan oleh Setiausaha Politiknya iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Mak Jah di kediamannya.

“Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau Mak Jah di Cheras, Kuala Lumpur. Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf yang menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia pemfileman. Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan Mak Jah”. tulisnya.

Terima Kasih PMX

Di akhir hantaran yang sama, Anwar yang mesra disapa sebagai PMX turut mendoakan kesejahteraan Mak Jah agar beliau dikurniakan kesihatan serta kekuatan oleh Allah SWT.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut berterima kasih kepada Anwar kerana sudi membantu meringankan beban Mak Jah disamping mereka juga tidak putus untuk menitipkan doa buat Mak Jah agar beliau dapat kembali berlakon seperti sedia kala.

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

[fbcomments]