Seperti negara lain, kerajaan Croatia juga memerintahkan rakyat duduk di rumah setelah menghadapi peningkatan kes Covid-19 yang sangat membimbangkan.
Namun tidak cukup dengan ujian itu, negara tersebut turut ditimpa gempa bumi yang kuat diikuti dengan gempa susulan baru-baru ini.
Pegawai bertugas mengatakan ibu kota bersejarah Zagreb itu mengalami kerosakan dan kerugian yang luar biasa namun tiada kematian dilaporkan. Malah menurut kenyatan dari seorang wartawan, ini merupakan tragedi yang paling teruk dalam sejarah bandar tersebut dan lebih teruk daripada kerusuhan sekitar kejatuhan Yugoslavia pada tahun 1990.
“Berhari-hari kami tinggal dalam ketakutan disebabkan virus itu dan kami terbangun kerana merasakan gempa bumi yang kuat,” ujar salah seorang mangsa, Maja Beck.