fbpx

Pasangan tular yang membawa bayi lelaki menghidap penyakit paru-paru kronik dedah mereka tidak melarikan diri seperti yang dihebohkan. Sebaliknya mereka sedang menguruskan proses pernikahan dalam masa terdekat ini.

Tepis Dakwaan Larikan Diri, Hanya Keluar Uruskan Perkara Penting

Menurut Azlan iaitu bapa kepada bayi berusia 11 bulan yang bernama Mohd Aariz Zafran, beliau memaklumkan bahawa tiada sebab untuknya melarikan atau menghilangkan diri kerana ada waktunya dia tiada di rumah untuk menguruskan hal di luar. Salah satunya ke pejabat agama Islam bagi menyelesaikan urusan perkahwinan.

“Ada masalah jadi saya pergi selesaikan dahulu. Tak akan setiap kali selesai (masalah) nak buat video tunjuk kepada semua? Sebelum ini saya tak berkemampuan kerana dahulukan belanja anak tapi kini ada kesempatan jadi dapatlah saya uruskan hal perkahwinan. Saya tidak lari ke mana pun, ada saja di sini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azlan turut menafikan dakwaan bahawa pasangannya, Nurhidayu Halim, 35, telah menggunakan wang bantuan sebanyak RM20,000 untuk membeli barang kemas. Malah akui dia juga tidak tahu berapa jumlah keseluruhan wang bantuan yang diterimanya.

“Saya pun tak periksa akaun bank, buat apa periksa kerana duit sumbangan orang masih ada pada tangan, jadi gunakan yang itu dulu. Bukan nak menyombong, cuma sebelum ini ada RM50 dalam tangan pun dah cukup, dan sekarang lebih daripada itu jadi saya syukur, Alhamdulillah.

“Mana bukti jika ada (barangan kemas RM20k). Cincin sebentuk RM800 adalah, itu pun nak buat kahwin dan bakal mak mentua belikan, siap ada resit,” ujarnya lagi.

Sudah Buat Laporan Polis, Harap Tiada Yang Buat Tuduhan Melulu Selepas Ini

Susulan perkara itu, Azlan dikatakan telah membuat laporan polis kerana terdapat banyak tuduhan tak berasas tentang diri serta pasangannya. Dalam masa yang sama Azlan turut mengharap agar orang ramai tidak membuat tuduhan melulu selepas ini hingga menjatuhkan fitnah terhadap mereka.

“Setakat ini ada yang datang jumpa saya mohon maaf sebab saya buat laporan polis berhubung isu beli barangan kemas RM20,000. Ikut hati nak saja bawa mereka yang berkenaan ke mahkamah tapi tak sampai hati kerana saya pun pernah kesempitan wang, jadi maafkan. Lagipun saya juga ada hati dan perasaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota iaitu Muhammad Hazamer Muslim mengesahkan Azlan dan pasangannya telah datang ke pejabatnya dengan membawa dokumen penting untuk proses pernikahan.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]