Seorang pesakit yang disyaki koronavirus dipercayai bebas selepas ibu bapa kanak-kanak kecil itu enggan mematuhi arahan doktor sebuah hospital di Johor untuk memasukkan kanak-kanak tersebut ke wad pengasingan pada hari Jumaat.
Kejadian berlaku apabila anak kecil berusia dua tahun itu, yang mana jantinanya tidak dinyatakan, telah diambil oleh ibu bapanya dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru kira-kira pukul 10 malam.
Disyaki pembawa virus

Seorang sumber berkata ibu bapa dan anak kecilnya itu merupakan warganegara China dan dirujuk ke hospital kerajaan oleh pusat perubatan swasta.
“Seorang doktor di HSA memeriksa anak kecil itu dan mengesahkan bahawa kanak-kanak itu mengalami demam virus, yang disyaki coronavirus,” kata seorang sumber.
Membuat laporan polis
Bagaimanapun, apabila doktor dan pakar memberitahu ibu bapa berkenaan bahawa anak mereka perlu dihantar ke hospital lain yang ditetapkan untuk dikuarantin bagi pemeriksaan lanjut, ibu bapa itu enggan berbuat demikian.
Ibu bapa itu kemudian meninggalkan hospital tersebut dengan anak sakit mereka, dan doktor hospital berkenaan telah membuat laporan polis.

Alamat terakhir pesakit
Malah, keberadaan pesakit itu juga tidak dapat dikesan. Alamat terakhir pesakit itu terletak di sebuah apartmen di Gelang Patah, Johor.

Terbaru, Kanak-kanak warga China berusia dua tahun yang disyaki dijangkiti koronavirus dan dilarikan ibu bapanya itu sudah ditahan semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, 9.20 malam tadi.
“Ya. Malam tadi mereka sudah ditahan semula di lapangan terbang dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi tindakan lanjut. Malam tadi juga semua mereka dirujuk ke hospital bagi dikuarantin.“