Jakarta Timur menguatkuasakan peraturan ke atas orang awam yang ditangkap kerana tidak memakai pelitup muka dan hidung dengan diwajibkan menjalani hukuman berbaring di dalam keranda sebagai satu renungan di atas kesalahan yang telah dilakukan.
BBC News Indonesia pada 5 September telah berkongsi beberapa gambar lelaki yang berada di dalam keranda untuk menunjukkan apa yang berlaku sekiranya orang awam melanggar peraturan kerana tidak memakai pelitup muka.
Wabak COVID-19 adalah risiko di mana mereka mungkin ditempatkan di dalam keranda sebenar kelak.
Kami mahu semua orang menyedari bahawa memakai pelitup muka adalah satu kewajiban kerana sekiranya mereka melanggar protokol asas, mereka mungkin dijangkiti virus dan meninggal dunia dalam senario terburuk.
Walau bagaimanapun, menurut Khaleej Times, mereka yang berada di Pasar Rebo, Jakarta Timur yang ditahan melakukan kesalahan, mempunyai pilihan untuk berbaring di dalam keranda, membayar denda, atau melakukan kerja khidmat masyarakat.
Ketua Polis Jakarta, Arifin mendakwa bahawa ‘hukuman keranda’ itu bukan hukuman rasmi dan hanya pelanggar peraturan secara sukarela sahaja yang berbaring di dalam keranda itu sementara menunggu kerja khidmat masyarakat mereka.