fbpx

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 akibat memanjat keluar dari tingkap rumah kediaman keluarganya di Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh pada Ahad.

Maut Terjatuh Dari Tingkat 16

Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh iaitu Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor memaklumkan bahawa ketika kejadian, ibu bapa mangsa yang berusia 30-an memberitahu mereka sekeluarga sedang tidur dan dikatakan tidak menyedari mangsa telah memanjat tingkat yang terletak di ruang tamu.

“Ibu mangsa yang bangun (dari tidur), mendapati anaknya sudah berada di bahagian luar tepi tingkap ruang tamu yang terbuka dan tidak sempat mendapatkan anaknya sebelum kanak-kanak itu terjatuh,” katanya.

Meninggal Dunia Di Lokasi Kejadian

Tambah Mohd Hafiz lagi, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan siasatan setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Dalam pada itu, Mohd Hafiz turut meminta saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 0361561222 bagi membantu siasatan.

Kredit: Kosmo! Online

[fbcomments]