fbpx

Seorang mekanik lelaki cedera parah apabila kakinya dilanggar dan dilenyek oleh lori yang sedang dibaikinya di sebuah stesen minyak di Gebeng, Kuantan, Pahang pada semalam, Selasa.

Tak Perasan Rakan Belum Beralih

Menurut sumber dari Majoriti Official, difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa sedang membaiki sebuah lori sebelum rakannya bertindak menghidupkan enjin kenderaan tanpa memeriksa keadaan sekeliling dan terus menggilis kaki mangsa. Pada masa yang sama, lori terbabit juga dikatakan melanggar badan mangsa ketika kejadian.

Terbaring Atas Lantai Sambil Kaki Berlumuran Darah

Kata sumber lagi, mangsa dilihat terbaring di atas jalan kerana menahan kesakitan yang terlampau hingga menyebabkan kakinya hancur akibat digilis. Dalam video yang tular di media sosial itu, ia menampakkan kaki mangsa berlumuran darah dan sehingga kini, keadaan mekanik itu masih belum dapat dipastikan.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]