Pelakon terkenal Diana Danielle Beeson, 32, menjawab spekulasi mengenai status hubungannya bersama Farid Kamil. Didakwa masih belum mendaftarkan pengesahan rujuk di mahkamah, Diana Danielle menganggap ianya bukanlah satu keperluan yang perlu diikuti.

Secara Disisi Islam Diana Dan Suami Telah Sah Rujuk Kembali Sebagai Suami Isteri, Tak Perlu Hitam Putih

Menerusi laporan Utusan, Diana mengatakan bahawa proses rujuk semula perkahwinan tidak memerlukan sebarang hitam dan puith kerana ianya adalah berasaskan atas kertas sahaja dan tidak mengubah apa-apa.

Diana turut memaklumkan bahawa hubungannya bersama Farid Kamil adalah sah disisi agama Islam meskipun tiada sebarang dokumentasi pengesahan. “Secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa cuma secara undang-undang sahaja belum”, jelasnya.

Diana Dan Suami Perlukan Waktu Untuk Naik Semula Ke Mahkamah

Diana turut memaklumkan bahawa beliau dan suami memerlukan sedikit lagi waktu untuk menguruskan proses membuat pengesahan rujuk di mahkamah. “Buat masa ini, kami ambil nafas dahulu. Kami sekarang macam.. ala mahkamah lagi. Sekejap ya”, jelasnya.

Sebelum ini peguam yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pasangan tersebut perlu ke mahkamah untuk mengesahkan status hubungan mereka. Sekiranya masih dalam tempoh edah, Diana dan Farid perlu ke mahkamah untuk mendapatkan sijil rujuk. Jika tidak dilakukan dalam tempoh edah, Akberdin berkata pasangan tersebut perlu untuk bernikah semula.

Untuk rekod, Diana dan Farid sah bercerai talak satu pada 10 Ogos yang lalu. Namun penceraian mereka tidak bertahan lama apabila Farid mendedahhkan beliau sudah rujuk kembali bersama Diana pada 31 Ogos.

Kredit: Utusan Malaysia

[fbcomments]