Usaha penyanyi rap dan personaliti media sosial, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice membantu pasangan warga emas yang kisah mereka tular baru-baru ini mendapat perhatian warganet dan menerima pujian ramai.

@capricepodcast

#capricepodcast #nakviral #ybbuatapeharini

♬ original sound – Caprice Munafik Hunter – Caprice Munafik Hunter

Caprice Sewa Rumah Baharu Untuk Pasangan Warga Emas, Ringankan Beban Hidup Tanpa Lif

Dalam satu perkongsian di media sosial, Caprice dilihat menziarahi pasangan suami isteri berkenaan yang menetap di tingkat empat sebuah flat kos rendah di ibu negara tanpa kemudahan lif.

Difahamkan, si suami terpaksa mendukung isterinya yang uzur setiap kali perlu keluar rumah memandangkan keadaan kesihatan wanita itu menyukarkan pergerakan turun naik tangga.

Prihatin dengan kesukaran yang dihadapi pasangan tersebut, Caprice tampil menyewa sebuah rumah baharu yang lebih selesa dan mesra warga emas sebagai hadiah kejutan buat mereka.

“Lepas ini pak cik tak perlu naik tangga lagi. Rumah ini untuk pak cik dan mak cik, semoga lebih selesa,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi kepada umum.

Caprice turut membantu membuka akaun bank atas nama suami warga emas terbabit bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan terus kepada mereka.

Menurutnya, sewa rumah baharu itu akan ditanggung sepenuhnya hasil kutipan sumbangan daripada pengikut media sosial dan orang ramai yang prihatin dengan nasib pasangan berkenaan.

“Untuk setahun pertama ni pak cik jangan risau, pengikut saya di media sosial ni suka membantu, jadi mereka akan terus transfer bantuan ke akaun pak cik,” jelasnya.

Tindakan tersebut disambut positif netizen yang menganggap Caprice sebagai contoh selebriti yang menggunakan pengaruh media sosial untuk tujuan kebajikan dan membantu golongan memerlukan.

Kredit: TikTok capricepodcast

 

[fbcomments]