Usia yang semakin lanjut bukan alasan bagi seorang warga emas berusia 71 tahun untuk berhenti mencari rezeki. Menerusi perkongsian video di TikTok Storie.my, warga emas tersebut mendedahkan bahawa dia masih aktif bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian.

@storie.my

Are you putting in enough work today? Pak Cik does #storiemy #malaysia

♬ original sound – Storie – Storie

Warga Emas 71 Tahun Masih Gigih Jadi Penghantar Makanan, Cuti Raya Pun Terus Bekerja

Menurutnya, dia jarang sekali mengambil cuti termasuk ketika sambutan Aidilfitri, malah tetap keluar bekerja dari pukul 1 tengah hari hingga 12 tengah malam setiap hari.

“Kalau hujan, saya pakai raincoat saja,” ujarnya ringkas, menggambarkan ketabahannya menghadapi cabaran pekerjaan itu.

Selain itu, motosikal yang digunakannya turut menarik perhatian ramai apabila kelihatan uzur dan mengalami beberapa kerosakan. Warga emas itu memberitahu bahawa motosikal tersebut telah menemaninya lebih dua dekad, sejak dia masih bekerja sebagai pemandu lori.

“Dah 20 tahun saya guna motor ini. Ia macam kawan baik saya, ada perasaan juga,” katanya.

Perkongsian itu mencetuskan rasa sebak dalam kalangan warganet yang tersentuh melihat kecekalan warga emas berkenaan. Ramai yang meluahkan rasa kagum terhadap semangatnya dan ada juga yang menyatakan hasrat untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban hidupnya.

Kredit: TikTok storie.my

 

 

[fbcomments]