fbpx

Hari ini isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Panchara Apin atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya,32, hadir ke mahkamah bagi prosiding pendengaran permohonan tuntutan cerai secara fasakh terhadap suaminya.

Konflik yang melanda rumah tangga mereka buat sekian lama telah menarik perhatian netizen lebih-lebih lagi apabila hari ini isterinya mendakwa telah digantung tidak bertali sedari Julai 2021.

Ruangan komen diserang netizen

Hal ini menyebabkan netizen menyerang platform instagram milik pelakon itu dengan meninggalkan komen-komen pedas.

Bagaimanapun, Afiq dilihat menukar kapsyen gambarnya dua jam yang lalu dengan kapsyen sinis berbunyi;

“Sedang berpuasa Dan tak sangka Iblis Masih ada di bulan Ramadan… Atau mungkin mereka pengikut iblis.”

Menurut laporan Harian Metro,isterinya hadir seorang diri ke mahkamah disebabkan pelakon itu enggan memberi kerjasama.

“Afiq tidak beri kerjasama langsung. Dia tahu mengenai tuntutan cerai fasakh pada hari ini tetapi enggan memberi kerjasama,” kata wanita berusia 32 tahun itu.

Selepas mendengar keterangan Pachara, mahkamah menetapkan 6 April ini untuk mendengar keterangan saksi-saksi wanita itu.

Terdahulu, Pachara memfailkan permohonan fasakh pada Oktober 2022 dan sebelumnya membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 dengan mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut serta menumbuk dagu sebanyak dua kali.

Dakwaan dikasari bukan fitnah

Apabila ditanya tentang dakwaan tersebut, Panchara tetap mempertahankan kenyataannya itu.

Apa yang saya nak beritahu, sebelum ini dia (Afiq) ada buat laporan polis yang mengatakan saya fitnah tapi saya tak fitnah.

“Mengenai bukti, saya rasa semua orang dah nampak. Pada masa sama kita sedang berpuasa. Lagipun sebelum ini hanya saya saja yang banyak bercakap dan masyarakat pun dah nampak bukti-bukti ini.

“Kita tunggulah bicara terakhir pada 6 April ini,” katanya ketika ditemui di mahkamah.

Sekadar info,Afiq dan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga.

Sumber: Harian Metro

[fbcomments]