fbpx

Seorang pramugari syarikat penerbangan (Malaysia Airlines) dilaporkan meninggal dunia ketika transit di Tokyo, Jepun pada malam tadi.

Punca Kematian Mungkin Terjatuh Ketika Bersiap Untuk Penerbangan Pulang

Menerusi perkongsian yang ditulis oleh @AFlyGuyCabinCrewLounge di laman Facebook, difahamkan mangsa yang bernama Norzana Hanim Hamzah disahkan meninggal dunia sebelum tiba ke Malaysia.

Norzana dikatakan sedang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberikan sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.

“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” kata Malaysia Airlines menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Punca kematian masih belum dapat dipastikan, tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru Malaysia Airlines mendakwa mangsa berkemungkinan terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang.

Kredit: Facebook AFlyGuyCabinCrewLounge

[fbcomments]