Semalam tular satu video yang memaparkan seorang pemandu bas tidak menyedarkan diri di dalam bas yang dipandu olehnya yang dipercayai berlaku di Gua Musang.

Berdasarkan penumpang yang menaiki bas ekspres tersebut, mereka memaklumkan bahawa pemandu bas berkenaan telah meninggal dunia akibat paru-paru berair ketika berhenti di Hentian Gua Musang.

Tidak Sedarkan Diri Di Kerusi Penumpang

Menurut sumber Harian Metro, pemandu bas yang maut itu dikenali sebagai Awang Mat Adam yang berasal dari Kota Bharu dijumpai tidak sedarkan diri di kerusi penumpang di dalam bas terbabit.

“Berdasarkan keterangan saksi iaitu pemandu bas utama, bas terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu”, jelas Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo yang menerima panggilan daripada seorang pemandu bas berkenaan dalam kejadian tersebut.

Tiada Unsur Jenayah, Sebaliknya Mangsa Menghidap Penyakit Lain Selain Paru-Paru Berair

“Mangsa yang juga pemandu simpanan sepatutnya bertukar pemandu di Gua Musang tetapi atas permintaannya kerana mengadu tidak sihat, pertukaran pemandu dibuat di Raub, Pahang”, jelas beliau.

Berdasarkan kenyataannya lagi, mangsa juga menghidap penyakit kencing manis sejak berbelas tahun dan pernah menjalani pembedahan disebabkan radang paru-paru pada empat tahun yang lalu.

Hasil bedah siasat yang dibuat di Hospital Gua Musang, ia didapati ‘Acute Pulmonary Edema’ atau boleh dikategorikan sebagai mati mengejut adalah punca kematian mangsa dan tiada sebarang unsur jenayah dilakukan ke atas mangsa.

Kredit: Harian Metro, Buletin TV3

[fbcomments]