Tular di media sosial rakaman video memaparkan luahan seorang wanita yang mengakui menyesal selepas melakukan perbuatan syirik dengan memakai susuk pada wajah dan bahagian sulit tubuhnya.
Difahamkan, wanita berusia lewat 50-an itu mengambil keputusan berbuat demikian kerana takut suaminya mencari wanita lain.
@faridzuan_jamaludin Memakai Susuk di kening dan kemaluan, ketika lewat usia 50an, takut suami cari wanita lain Dan suami setia sehingga meninggal tetapi akhirnya diri sendiri yang merana akibatnya. #faridzuanjamaludin #susuk #saka #fyp #malaysia
♬ original sound – Faridzuan Jamaludin – Faridzuan Jamaludin
Wanita Akui Menyesal Pasang Susuk Kerana Takut Suami Cari Lain, Kini Tanggung Balasan
Menurut pengakuannya, susuk itu dipasang di bahagian kening serta kemaluan dengan bayaran sebanyak RM20 setiap satu. Individu yang memasangkan susuk berkenaan turut mendakwa ia tiada sebarang pantang larang, malah dikatakan mampu mengekalkan kecantikan dan membuatkan suaminya kekal setia.
Namun, wanita itu mengakui keputusan tersebut membawa penyesalan besar apabila menyedari tindakannya melanggar akidah.
Katanya, dia kini menanggung kesan perbuatannya itu sebagai balasan dan berharap orang lain tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Perkongsian videonya mendapat perhatian ramai yang menzahirkan rasa simpati serta menjadikan kisah itu sebagai pengajaran.
Kredit: TikTok faridzuan_jamaludin