Selama ini saya berhujan berpanas cari duit demi keperluan mereka
Di Indonesia, seorang wanita sanggup bersekongkol dengan abangnya hanya kerana ingin memfailkan saman terhadap bapa kandungnya sendiri.
Difahamkan mereka menuntut sebanyak RM864,000 di Mahkamah Khas Timbang Tara Harta Pusaka.
Menurut sumber dari Kompas.com, Kuswadi berusia 85 tahun telah disaman oleh anak keduanya Din, dan disokong oleh anak ketiganya, Masitah yang merupakan seorang peguam.
Masitah dikatakan bersama abangnya, Din mengemukakan saman terhadap harta peninggalan bapanya itu.
Meninggal dunia sebelum perbicaraan
Walau bagaimanapun, difahamkan wanita tersebut telah pun meninggal dunia sehari sebelum sesi perbicaraan berlangsung di mahkamah.
Dia dilaporkan maut akibat serangan jantung.
Peguam Masitah memberitahu saman itu difailkan kerana Kuswadi (bapanya) didakwa telah melanggar undang-undang, menafikan kontrak perjanjian berhubung pewarisan tanah.
Saman itu berhubung harta warisan seluas 0.3 hektar milik Kuswadi yang diwarisi dari ibu bapanya.
Tak puas hati bapa nak jual tanah
Difahamkan Din menyewa sebahagian tanah tersebut untuk dijadikan kedai. Namun tahun ini, Kuswadi tidak akan lagi menyewakan tanah tersebut.
Ini kerana ia akan dijual dan hasil penjualan akan dibahagikan kepada waris termasuk adik-beradik bapanya.
Namun oleh kerana tidak berpuas hati, Masitah dan abangnya Din bertindak membawa kes ke mahkamah dan ingin saman bapa kandungnya itu.
Adik kandung usia 5 tahun turut disaman!
Namun apa yang lebih memeranjatkan lagi, bukan hanya Kuswadi (bapa) sahaja didakwa ke mahkamah , malah adik perempuannya yang berusia lima tahun, Hamidah turut di saman oleh Masitah dan Din!
Dalam tuntutan itu, Din meminta bapanya dan Hamidah membayar RM864,000 jika sekiranya dia perlu berpindah dari kedai yang telah dibina di atas tanah tersebut.
”Tanah itu bukan milik saya sahaja, masih ada adik-beradik saya yang lain.Mereka bersetuju agar tanah itu dijual,” kata Kuswadi di Mahkamah Daerah Bandung.
Si bapa akui kecewa dengan tindakan anaknya itu
Kuswadi juga mengakui bahawa dia kecewa apabila mengetahui bahawa anak ketiganya, Masitah, menjadi peguam untuk tuntutan tersebut.
Si bapa turut mengakui bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membayar tuntutan mahkamah itu jika dia kalah di mahkamah.
Dari mana saya mendapat wang. Yuran pendidikan mereka pun lebih dari itu.
Selama ini saya berhujan berpanas cari duit demi keperluan mereka. Saya hanya mahu berehat sekarang.