Pelakon terkenal, Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan sebuah kereta kepada ibunya, Azizah Abdul Ghani, sebagai simbol kasih sayang serta penghargaan terhadap segala pengorbanan wanita itu sepanjang membesarkannya.

Momen penuh bermakna tersebut dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform TikTok oleh syarikat jualan kereta terlibat.

@sayapniaga

Wahhh! Tahniah @fattahamin dapat hadiahkan ibu sebuah kereta Toyota Noah! Semoga Fattah sekeluarga bahagia sampai ke akhir hayat. Harini untuk ibu, besok untuk mira plak ke? hehe #sayapniaga #recondcar #recondcarmalaysia #fattahamin #toyota

♬ original sound – SAYAP NIAGA – SAYAP NIAGA

Fattah Amin Hadiahkan Kereta Buat Ibu, Tanda Penghargaan Atas Segala Pengorbanan

Rakaman berkenaan memaparkan reaksi terkejut ibu Fattah sebaik menerima hadiah tersebut, sekali gus mencetuskan emosi dalam kalangan penonton. Kenderaan yang dihadiahkan ialah sebuah Toyota Noah berwarna red mica metallic, yang turut disertakan dengan ucapan tahniah serta doa agar Fattah dan keluarganya sentiasa dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.

Turut tertera dalam video berkenaan ucapan yang mendoakan kesejahteraan pelakon itu sekeluarga, selain kapsyen yang menyentuh hati dengan mesej bahawa hadiah tersebut adalah untuk ibu hari ini dan mungkin untuk insan tersayang lain pada masa akan datang.

“Tahniah Fattah kerana dapat menghadiahkan ibu sebuah kereta Toyota Noah. Semoga Fattah dan sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat. Hari ini untuk ibu, mungkin esok untuk Amira pula?,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum terhadap sikap Fattah yang disifatkan sebagai seorang anak yang menghargai jasa ibu serta mengutamakan kebahagiaan keluarga. Tidak kurang juga yang menjadikan pelakon itu sebagai sumber inspirasi, malah ada yang berkongsi hasrat untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada ibu bapa mereka suatu hari nanti.

Untuk rekod, Toyota Noah ditawarkan di pasaran Malaysia pada anggaran harga antara RM115,000 hingga RM170,000, bergantung kepada varian dan spesifikasi yang dipilih.

Kredit: TikTok sayapniaga

[fbcomments]