Pasti ramai tidak tahu bahawa pelakon terkenal, Aaron Aziz mempunyai sebuah pusat tahfiz di Pulau Langkawi. Baru-baru ini, Aaron berkongsikan gambar menunjukkan satu bangunan yang telah dirobohkan dan dipecahkan dinding.
Namun beliau dalam media sosialnya tidak menyatakan punca tahfiz berkenaan dirobohkan. Aaron berkata ia berada di luar kawalannya.
Asrama anak anak semua harus dibina semula. (Dirobohkan atas luar dari kawalan saya. Beyond my control untuk hentikan) tapi takpa sabar dan teruskan berjuang.
Pada netizen yang membuat andaian….
Saya muat naik posting itu bukan nak buka aib sesiapa sebab benda ni sensitif jadi saya tak nak perbesarkannya.
Semuanya ada. Semua dokumen termasuk permit yang diperlukan untuk tahfiz ni cukup. Takkan lah saya nak buka tahfiz tapi tak cukup syarat dan langgar undang-undang.
Oleh kerana terlalu banyak andaian yang dibuat oleh netizen, akhirnya Aaron Aziz keluarkan sendiri kenyataan bahawa apa yang terjadi adalah salah dirinya sendiri kerana tidak memeriksa dengan betul.
Tiada pihak mana mana yang Salah. Takde kena mengena dgn kerajaan atau politik atau apa apa…benda dah settle pun. Terima Kasih atas doa doa anda Dan sumbangan anda.
Tidur di dewan
Tahfiz ni besar… yang dirobohkan cuma asrama tempat pelajar-pelajar tu tidur. Sekarang ni kami sedang bina asrama yang baru untuk mereka.
Kita ada dewan besar tempat mereka belajar Al-Quran semua, jadi sekarang ni katil bertingkat dan almari pakaian semua kami dah pindahkan ke dewan itu… buat masa sekarang mereka akan tidur di situ dulu.
Kalau ikutkan dalam dua ke tiga bulan juga asrama baru ni akan siap. Tapi Alhamdulillah sekurangnya ada juga tempat teduh untuk mereka.