Tidak dinafikan terdapat ramai yang bekerja sekadar untuk memperoleh pendapatan bagi melangsungkan kehidupan serta komitmen. Oleh sebab itu, ramai yang tidak bersemangat dan lesu je bila bekerja.

Namun berlainan pula dengan lelaki ini yang merupakan seorang penjual burger jalanan yang sentiasa ceria dengan kerjanya itu.

Menerusi akaun Tiktok @irani_novia, abang burger yang berasal dari Indonesia ini telah membuat pelanggannya teruja dan seronok setiap kali membeli burger di tempatnya.

Aksi melambung telur beberapa kali dan diimbangkan dengan bahagian tepi sudip itu telah menarik perhatian ramai. Dia telah memecahkan dan melukisnya dengan bentuk hati sebagai tanda keikhlasannya dalam bekerja dan memberikan yang terbaik buat setiap pelanggannya.

[fbcomments]