Masihkah anda semua ingat tentang tragedi yang meragut enam nyawa di Segamat pada bulan lalu? Inilah satu-satunya mangsa yang terselamat dari nahas tersebut yang kini keadaannya sudah stabil sepenuhnya. Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan mangsa terselamat iaitu Abdullah Amir Ruddin, 15, menangis apabila dirinya melihat dan meratapi gambar jenazah ibunya yang ditunjukkan oleh abang dan ibu saudaranya.

@rahilanoor85

❤️❤️ Berkat doa kalian semua agar kami KUAT💪🏻💪🏻#fypシ #sayangAbdullah #keluargabahagia🤗 #perpisahantermanis

♬ Ya Nabi Salam Alaika – Ai

Abdullah Nak Tengok Gambar Jenazah Ibu

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @rahilanoor85 di laman TikTok, kelihatan mata Abdullah bergelinang dengan air mata selepas melihat jenazah ibunya iaitu Allahyarhamah Noorahimah Noor Muhammad yang maut dalam kemalangan selepas ditunjuk abangnya, Abdurrahman.

“Nak tengok gambar siapa dulu? (soal Abdurrahman lalu dijawab Abdullah yang mahu melihat jenazah ibunya). Jenazah la, nampak mata ibu, lawa. (jawab Abdullah sambil menundukkan muka sambil tersenyum dan mengesat air matanya yang gugur)”.

Meskipun Abdullah dilihat tersenyum, namun jauh disudut hatinya pasti berasa sedih dan pilu selepas mengetahui ibu bapanya termasuk empat adik beradik yang lain sudah tiada di dunia.

Rahsia Terlerai, Kini Abdullah Tahu Ibu Bapa Dan Adik-Adik Lain Dah Tiada

Menurut sumber dari Harian Metro pula, bapa saudaranya iaitu Mohd Hairul Noor Muhammad, 54, menyatakan perasaannya yang kini berasa lega apabila rahsia yang disimpan mereka selama ini telah terlerai setelah Abdullah sendiri mengetahui pemergian keluarganya.

“Selama ini saya terfikir-fikir apa yang perlu lakukan untuk memberitahu perkara sebenar. Setiap malam sebelum tidur, saya cuba nak cerita perkara sebenar. Tiba-tiba malam kelmarin, dia buka mulut mengatakan ibu dan abi sudah tiada. Dia berbual dengan emak saya dan emak menitis air mata bila diberitahu mengenai perkara itu.

“Sekarang hati saya sudah lapang, apa yang cuba saya beritahu akhirnya dia tahu sendiri. Walaupun dalam keadaan semakin pulih, namun dia seolah-olah belum mengerti apa sebenarnya yang berlaku”, jelasnya.

Tak Tahan Sebak Tengok Gambar Jenazah

Menerusi video yang dikongsikan diatas, Abdurrahman dan ibu saudaranya bersepakat untuk menunjukkan gambar arwah ibu, abi dan adik-beradik yang lain kepada Abdullah ketika mereka sedang makan. Keadaan menjadi lebih pilu apabila Abdullah terhenti ketawa apabila abangnya menunjukkan gambar jenazah keluarga mereka.

“Malam tadi kami sepakat untuk menunjukkan gambar, dia pun berkata ‘itu jenazah ibu, ibu sudah tiada’. Patutlah lama dia tak datang jumpa Abdullah. Kami satu rumah menangis bila dia sebut jenazah ibu. Walaupun dia ketawa tetapi air mata mengalir. Sebenarnya dari awal kami sengaja tidak mahu menceritakan perkara sebenarnya kerana kelak dia akan faham serta mengetahui perkara sebenar.

“Setiap kali pergi ziarah kubur keluarga Allahyarham, saya meluahkan apa yang perlu saya lakukan supaya Abdullah tahu yang keluarganya sudah tiada”, katanya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan suami isteri, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43. dan empat lagi anak mereka, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, meninggal dunia. Mereka dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.

Ketika hari kejadian, Abdur Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain, sementara Abdullah terselamat dalam nahas tersebut.

Kredit: TikTok rahilanoor85, Harian Metro

[fbcomments]