Sejak negara dilanda pandemik Covid-19, ekonomi negara turut terjejas dan ramai yang turut terjejas kerana wabak berkenaan.
Namun begitu, politik Malaysia juga turut dilihat seperti tiada penghujungnya. Malah saban hari ada shaja isu hangat diperkatakan walaupun negara masih lagi berjuang melawan pandemik Covid-19 ini.
Uncle kentang tampil bersuara
Dua tiga hari ni hangat pula isu seorang ahli politik yang mendakwa telah mendapat majoriti sokongan untuk menubuhkan kabinet baharu serta menyatakan kerajaan sedia ada sudah tumbang.
Namun begitu, sidang media yang dibuat oleh ahli politik tersebut telah mencetuskan pelbagai sindiran dari rakyat. Isu ini juga turut menarik perhatian seorang figura yang terkenal di media sosial iaitu Uncle Kentang.
Siapa yang tidak cukup kerusi
Menerusi satu perkongsian di Facebooknya, Uncle Kentang ada memuat naik gambar tindihan kerusi dengan kapsyen bertanya sama ada cukup ataupun tidak kerusi-kerusi tersebut untuk jadi perdana menteri.
Siapa tak cukup kerusi jadi Perdana Menteri. Nak sewa, sila call 019 1234567890. Kita akan bantu anda untuk cukupkan kerusi dibawa ke Istana Negara.
Tatkala negara mengalami musibah, kepala hotak kau orang berebut mau jadi PM. Sungguh memalukan.
Malu sikit pada rakyat
Tambah beliau lagi:
Rakyat tak akan sokong orang seperti kamu ini. Sila malu sikit pada rakyat. Kalau kamu tak tahu apa itu malu sila check dengan Dewan Bahasa. Please.
Pada masa yang sama, dia sempat menyelar tindakan sesetengah ahli politik yang seakan tidak sabar dengan keadaan semasa dalam memegang tampuk pemerintahan. Sedangkan ketika ini negara dan rakyat masih bergelut dengan pendemik Covid-19 yang dilihat menunjukkan peningkatan.