fbpx

Seorang pemandu dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas kereta yang dipandu dihempap dengan sebuah tayar lori yang tercabut dan melayang di Jalan Tuanku Abdul Halim kelmarin.

@ajim5666

berhati-hati dijalan raya geng… hampir melayang nyawa kena camni😭😭😭😭…#berhati #abangbomba

♬ suara asli – Music Everywhere – Music Everywhere

Tayar Melayang Dan Terkena Dua Buah Kereta

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur iaitu Mohd Izan Ismail, beliau memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.06 pagi dan kemalangan tersebut melibatkan dua buah kereta jenis Proton Iriz dan juga Proton Saga.

Katanya, kejadian berlaku berpunca daripada sebuah tayar lori yang tercabut dan melantun mengenai dua buah kenderaan terbabit.

“Kejadian tersebut telah mengakibatkan mangsa lelaki yang memandu kereta Proton Iriz tersepit dibahagian pemandu. Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan pemotong hidraulik,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Seorang Pemandu Cedera Parah

Mohd Izan turut menambah, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sedang dirawat di hospital berhampiran.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Suffian Abdullah memaklumkan pemandu Proton Iriz yang berusia 31 tahun itu cedera parah di bahagian kepala dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, dua lagi pemandu lain yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kredit: Harian Metro, TikTok ajim5666

[fbcomments]