fbpx

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal yang dinaiki bersama isteri dan anak terlibat dalam kemalangan bersama sebuah treler di Kilometer 16.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Napoh, Jitra, Kedah baru-baru ini.

Dalam Perjalanan Pulang Selepas Berbuka Puasa Di Rumah Mentua

Memetik laporan Majoriti Official, difahamkan mangsa dan keluarganya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berbuka puasa di rumah mentuanya yang terletak di Changlun, Kedah.

Kemalangan ngeri itu telah meragut nyawa ketua keluarga terbabit, manakala isterinya dikatakan parah putus kaki dan anaknya mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu iaitu Superintendan Rodzi Abu Hassan telah mengesahkan kejadian yang berlaku pada 10.50 malam itu. Katanya, mangsa lelaki yang berusia 32 tahun terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada keseluruhan anggota badan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, treler berkenaan memotong motosikal tersebut yang berada di hadapan dengan bergerak ke tengah jalan.

“Apabila hampir selesai memotong, secara tiba-tiba pemandu treler itu menyedari kenderaan dipandu berlanggar dengan tayar belakang sebelah kiri motosikal menyebabkan ketiga-tiga mangsa jatuh di tempat kejadian,” jelasnya.

Mangsa Yang Selamat Terima Rawatan Di Hospital Jitra

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika dua kenderaan tersebut bergerak dari arah Changlun menghala ke Jitra.

Sementara itu, dua mangsa yang terselamat adalah isteri mangsa yang berusia 32 tahun, dan seorang anak lelaki berusia empat tahun telah dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan lanjut. Manakala mayat mangsa yang maut telah selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada pagi Sabtu. Kedua-dua mangsa mengalami luka pada anggota badan.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]