fbpx

Seorang lelaki berstatus orang kelainan upaya (OKU) dilaporkan maut apabila beliau ditembak oleh individu tidak dikenali ketika mangsa sedang melakukan siaran langsung (live) di aplikasi TikTok pada Sabtu, semalam.

Tengah Buat Live Di TikTok Di Luar Rumah

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Dailymail, mangsa yang bernama Pedro Luis Toala Rezabala, 33 atau lebih dikenali sebagai Lagrimita difahamkan sedang melakukan live di TikTok ketika kejadian berlaku. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berdekatan, Pedro ketika itu sedang duduk di atas kerusi rodanya sambil bersiaran langsung di luar rumahnya yang terletak di Portoviejo, Ecuador.

Beberapa minit kemudian, Pedro dihampiri oleh dua individu lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba dan salah seorang dari mereka melepaskan tembakan ke arah beliau. Kemudian, muncul pula lelaki ketiga dan menembak Pedro di kepala dari arah belakang sebelum kesemua suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.

Mangsa Mempunyai Rekod Jenayah Lampau

Menurut sumber lagi, dikatakan seorang rakan yang bersama Pedro ketika kejadian berlaku sempat menyelamatkan diri dan tragedi tersebut juga disaksikan oleh pengikut yang mengikuti siaran langsung Pedro. Laporan media tempatan mendedahkan bahawa Pedro mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes rompakan, pengedaran dadah, keganasan dan memiliki senjata haram.

Kini, ketiga-tiga suspek dalam kes pembunuhan Pedro masih belum dapat dikesan dan pihak polis masih giat meneruskan siasatan.

Kredit: Dailymail

[fbcomments]