fbpx

Juara bertahan iaitu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati jangkaan mempertahankan Piala Malaysia selepas menewaskan pasukan lawan Terengganu FC sebanyak 3-1 pada perlawanan akhir edisi ke-97 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam tadi.

Menepati Ramalan

Memetik laporan Berita Harian, Muhamad Feroz Baharudin dan Arif Aiman Mohd Hanapi menjaringkan gol pada separuh masa kedua selepas Ivan Mamut menafikan jaringan pembukaan JDT menerusi Bergson Da Silva pada babak pertama untuk mengesahkan kemenangan skuad Harimau Selatan.

Kejayaan muncul juara Piala Malaysia buat kali keempat tersebut menyaksikan pasukan Harimau Selatan meraih ‘double quadruple’ selepas dinobatkan sebagai juara Piala FA Julai lalu dan merangkul kejuaraan Liga Super pada September lepas.

Cipta Sejarah Dalam Piala Malaysia

JDT bukan sahaja mempertahankan trofi Piala Malaysia, malah mencipta sejarah baharu apabila skuad tersebut memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super dalam satu musim buat kali kedua berturut-turut.

Untuk rekod, ia merupakan kejuaraan Piala Malaysia kali keempat yang diraih oleh pasukan Harimau Selatan selepas musim 2017, 2019, dan 2022.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]