fbpx

Pada Selasa, semalam Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang insan yang bersuara emas iaitu penyampai berita Nightline TV3, Allahyarham Raymond Goh atau nama Islamnya Mohd Zaman Goh. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.40 pagi di sebuah hospital swasta.

Isteri Belum Sedia Beri Sebarang Komen

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Berita Harian, isteri Allahyarham iaitu Faridah Teh dimaklumkan masih belum bersedia untuk memberi sebarang komen susulan kejadian yang menimpa atas arwah suaminya itu kerana masih bersedih. Namun, beliau tidak juga lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang hadir dan semua yang mendoakan buat Allahyarham.

“Saya mohon maaf kerana tak dapat beri sebarang komen. Emosi saya belum stabil. Saya hargai kehadiran anda semua. Sebarang maklumat boleh hubungi penerbit berita slot Nightline”, katanya dalam keadaan sedih ketika ditemu bual media.

Gambar Sumber: Berita Harian

Allahyarham Pandu Sendiri Ke Hospital

Menurut kenyataan dari pihak penerbit Nightline pula, Amelia Nadia Azaharul Nahar memaklumkan Allahyarham memandu sendiri ke hospital untuk melakukan pemeriksaan selepas merasai kebas pada bahagian kanan badannya.

“Ketika itu, arwah sedang minum bersama rakan-rakan, secara tiba-tiba terasa kebas pada bahagian sebelah kanan dan terus pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Selepas menjalani rawatan imbasan CT dan doktor memaklumkan keadaannya agak kritikal sebelum ditidurkan”, jelasnya.

Jenazah Allahyarham tiba di perkarangan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira jam 4.45 petang dan selamat dikebumikan jam 5.25 petang, Selasa.

Sebagai rekod, Allahyarham Raymond Goh berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar atau stroke pada 30 Ogos yang lalu dan telah dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]