Pada minggu lalu, Famili Duo Musim Kedua telah bermula di siaran TV3. Rancangan tersebut merupakan program nyanyian yang menampilkan selebriti popular berganding dengan ahli keluarga mereka.

Shaffiq Erwin, 31 yang merupakan seorang guru vokal telah berganding dengan sepupunya, Ara Johari,25. Menurut Shaffiq dalam laporan mStar, dia sebenarnya terbeban dengan gelaran tersebut kerana ramai menganggap dia mahir dalam nyanyian dan tidak akan membuat sebarang kesalahan di atas pentas.

“Orang luar anggap bila guru vokal mesti kena sempurna dan tak boleh buat salah.. tapi saya juga manusia biasa dan tetap melakukan kesilapan”

“Itu yang menakutkan saya sebab baik dan buruk orang tetap akan komen jadi saya hanya fokus untuk lakukan yang terbaik buat diri sendiri,” katanya kepada mStar.

Persembahan minggu pertama bersama Ara Johari Kredit: Xtra

Shaffiq juga berkata dia sedang belajar untuk tidak terlalu overthinking tentang memberi persembahan yang sempurna kerana bimbang akan memakan diri.

“Beban saya sekarang bukan juri atau persaingan peserta lain tetapi diri sendiri kerana terlalu banyak berfikir sehinggakan Ara sendiri tegur agar saya lebih tenang,”tambahnya.

Famili Duo bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam hingga 11 malam di TV3.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan bertanding merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Sumber: mStar

[fbcomments]