Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang dalam kejadian di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang, Selangor pada Rabu.

Mangsa Ditemukan Lemas Jarak 4 Kilometer Dari Lokasi Mangsa Terjatuh

Memetik laporan Sinar Harian, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor iaitu Ahmad Mukhlis Mukhtar, beliau memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.28 petang dan difahamkan mangsa ditemui pada jarak empat kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang yang membabitkan kekuatan lapan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

“Usaha mencari dan menyelamatkan mangsa dipergiatkan dan mangsa ditemui sekitar jam 6.30 petang tadi pada jarak kira-kira empat kilometer dari lokasi dia terjatuh. Bagaimanapun, kanak-kanak itu telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan kesihatan yang turut berada di lokasi tersebut,” jelasnya.

Mayat kanak-kanak tersebut kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]