fbpx

Baru-baru ini tular di laman X yang memaparkan seorang kru kapal, juga merupakan warganergara Malaysia telah terjatuh ke dalam laut ketika memasang pilot ladder di perairan Chittagong, Bangladesh.

Video di bawah:

https://x.com/danialddd/status/1788160113691574344?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Terjatuh Dalam Laut

Menerusi video yang dikongsikan oleh @DanialDDD di laman X, lelaki berkenaan memuat naik tangkap layar perbualan dengan mangsa di WhatsApp serta video memaparkan keadaan angin kencang dan laut bergelora di lokasi kejadian.

Difahamkan mangsa yang terjatuh dari kapal itu adalah rakan sekerjanya.

“Seorang rakan seperjuangan jatuh laut hari ini (Rabu) dekat Bangladesh. Semoga dipermudahkan urusan mencari dan menyelamat (SAR) pasukan dari Bangladesh Coast Guard.

“Sempat campur (bekerja) dengan dia ‘last ship‘. Semoga sahabat-sahabat lain pulang dengan selamat,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Mayat Mangsa Telah Berjaya Ditemukan

Terbaharu, mayat kru kapal yang berusia 31 tahun itu dilaporkan berjaya ditemukan oleh pasukan penyelamat pada Ahad dan proses bedah siasat akan dilakukan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) Ikmal Azam Thanaraj Abdullah.

Tambah Ikmal Azam, segala butiran lanjut mengenai insiden itu akan dikongsikan selepas pihaknya bertemu dengan keluarga mangsa.

Kredit: Majoriti Official, X DanialDDD

 

[fbcomments]