Usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM sekali lagi mencuri perhatian pengguna media sosial selepas percutiannya bersama anak perempuan, Nabila Razman di Jepun mencetuskan perdebatan dan kecaman netizen.

@kakkmsayang2

Shibuya crossing🇯🇵

♬ sonido original – Carlos Feria

Berlari Di Shibuya Hingga Tersadung, Tindakan Kak KM Undang Kritikan

Perkara itu timbul susulan satu video yang dimuat naik di media sosial memaparkan Kak KM bersama Nabila berlari melintasi Shibuya Crossing di Tokyo, iaitu antara lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia. Dalam rakaman tersebut, aksi mereka menjadi tumpuan apabila Kak KM dilihat terjatuh sebelum kedua-duanya ketawa dan bergambar di tengah lintasan berkenaan.

Tindakan itu mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak sopan dan berpotensi memberi tanggapan negatif terhadap imej rakyat Malaysia di luar negara. Ada yang berpendapat tingkah laku sedemikian tidak sesuai dilakukan di kawasan awam yang sibuk, apatah lagi di negara asing.

Dalam video sama, Kak KM yang mengenakan baju sejuk serta cermin mata hitam dilihat melakukan beberapa aksi seolah-olah memanaskan badan sebelum berlari melintasi lintasan tersebut. Namun, selepas lampu isyarat bertukar merah, kedua-duanya dilihat berlari semula sebelum Kak KM tersadung dan terjatuh di tengah jalan, sekali gus menarik perhatian orang ramai di sekeliling.

Difahamkan, aksi berlari di Shibuya Crossing merupakan satu trend yang sedang tular di platform TikTok, apabila pelancong merakam pelbagai gaya dan aksi masing-masing bagi mendapatkan gambar atau video menarik di lokasi ikonik berkenaan.

Kredit: TikTok kakkmsayang2

 

[fbcomments]