Warganet hari ini sudah mula ‘demam’ bermain Avatars di Facebook. Rata-rata pengguna media sosial itu ramai yang sudah mencuba dan begitu teruja dengan ciptaan terbaru yang dikeluarkan oleh Facebook itu.
Ciptaan ‘avatars’ ini membolehkan pengguna mengekspresikan diri mereka menjadi kartun dengan lebih realistik. Bukan itu sahaja, pengguna dapat berkongsi ciptaan mereka di bahagian komen, aplikasi Messenger dan lebih menarik boleh diletakkan di Facebook Stories.
Bagaimanapun, seorang wanita bernama ‘Marliya Ramli‘ membuat posting mengenai sejarah ‘Avatars’. Ikuti perkongsian beliau;
Jelasnya lagi, konsep Avatar merupakan salah satu rukun asas agama Hindu, terutamanya dalam Vedanta dan mazhab Vaishnavisme.Lazimnya, perkataan ‘Avatara’ sering dikaitkan dengan Tuhan Mahavishnu.
Doktrin Avatara telah julung kali dihuraikan oleh Sri Krishna dalam Bhagavad Gita. Menurut doktrin Avatara, Tuhan lahir atau menjelma di bumi untuk menyelamatkan dunia dari kehancuran dan kejahatan.
Tiada kaitan gugatkan akidah
Walau bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah dan Pulau Pinang, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin, menjelaskan Avatar yang digunakan dalam media sosial khasnya FB tidak ada kaitan dengan perkara yang boleh menggugat akidah umat Islam.
Avatar yang digunakan dalam FB bukan merujuk kepada maksud penjelmaan tuhan seperti dalam agama Hindu.
Perkataan Avatar itu juga dihilangkan maksud keagamaannya, lalu digunakan sebagai terma saintifik dalam dunia digital.
Avatar, ciri baharu diperkenalkan FB sejak Mei lalu mula menjadi fenomena di media sosial kerana membolehkan pemilik akaun laman sosial itu mencipta imej kartun mereka sendiri.