Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemui tidak sedarkan diri dan kejung selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Kompleks Perumahan Puri Mutiara, Blok A3, Kampung Anduonohu, Daerah Poasia, Indonesia pada Jumaat lalu.

Terkena Renjatan Eletrik Bervoltan Tinggi

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Majoriti Official, mangsa yang dikenali sebagai NR difahamkan sedang menjalankan tugas penyelenggaran kabel di kawasan perumahan tersebut sebelum pengsan secara tiba-tiba akibat terkena renjatan arus elektrik bervoltan tinggi.

Menurut Ketua Polis Kendari Pesuruhjaya Eka Faturrahman, beliau memaklumkan bahawa mangsa yang merupakan seorang pelajar terkena renjatan elektrik ketika melakukan pemeriksaan semasa ingin memasang pembalut kabel.

Cuba Bawa Turun Mangsa Guna Kayu

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh sumber, ia memaparkan salah seorang rakan sekerja cuba untuk membawa turun mangsa dengan menggunakan sebatang kayu dengan menolak badannya sehingga dia terjatuh.

Pada masa yang sama, mangsa terlihat dalam keadaan lemah dan badannya masih tergantung pada kabel tersebut. Sementara itu, mangsa dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di ICU 4 di Hospital Abunawas (RSUD) Kota Kendari. Pihak polis juga kini sedang giat menjalankan siasatan susulan kejadian tersebut.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]