Pelakon Anzalna Nasir menarik perhatian ramai selepas menyatakan hasrat untuk membantu seorang murid sekolah yang kurang berkemampuan selepas melihat hantaran dibuat oleh seorang guru di Threads.
![]()
Anzalna Nasir Mahu Hulur Bantuan Untuk Murid Kurang Berkemampuan
Guru berkenaan memuat naik foto sepasang kasut sekolah milik anak muridnya yang kelihatan rosak dan berlubang, sekali gus mengundang simpati ramai. Menerusi hantaran sama, Anzalna dilihat meninggalkan komen bertanya lanjut mengenai murid tersebut kerana ingin menghulurkan bantuan.
“Cikgu, boleh kongsi sikit tentang murid ini? Saya nak belikan dia kasut dan beg sekolah baru. Pakaian dia masih okay ke?” tulisnya di ruangan komen, sambil menambah bahawa mungkin ramai juga yang mahu turut sama membantu keluarga pelajar itu.
![]()
Menurut guru berkenaan, pihak sekolah telah menghubungi ibu murid terbabit untuk memaklumkan keadaan anaknya. Beliau turut menjelaskan bahawa kasut baharu yang lebih berkualiti akan dibeli bagi menggantikan kasut lama pelajar berkenaan.
Meskipun bantuan untuk pelajar tersebut telah diuruskan, Anzalna tetap menyatakan keinginannya untuk membantu murid-murid lain yang mungkin menghadapi kekurangan dalam keperluan sekolah.
Kredit: Threads anzalnanasir88