fbpx

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mendakwa beliau sudah mendapat majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau baru sahaja menjalankan sidang media sebentar tadi. Bagaimanapun tidak menyebut berapa kerusi diperolehnya.

Alhamdulillah, kini saya sudah ada majoriti kukuh dan meyakinkan.

Ingin saya nyatakan, majoriti yang menyokong juga adalah dalam kalangan Melayu dan Islam.

Dengan sokogan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

Menghadap Yang di-Pertuan Agong

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau seterusnya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat bagi memaklumkan sokongan yang diperolehnya.

Beliau mendakwa telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jam 11 pagi semalam, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

Mendapat sokongan kukuh dari pelbagai parti

Katanya, sokongan yang diterimanya adalah terdiri daripada pelbagai parti. Malah katanya majoriti yang diperoleh adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

Bukan, empat, lima atau enam (Ahli Parlimen) tetapi lebih daripada itu.

Anwar juga berkata beliau mempunyai dokumen tetap yang tidak boleh diragui bagi membuktikan bahawa beliau kini mempunyai majoriti dan butiran mengenainya akan hanya diberikan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

[fbcomments]