Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dilarikan perompak pada sekitar 7.45 pagi tadi telah berjaya ditemui. Kejadian berlaku apabila perompak berkenaan bertindak masuk dan melarikan kenderaan mangsa di mana kanak-kanak itu berada.
Diculik sebelum ke tadika
Difahamkan, perompak meninggalkan mangsa dan kenderaan terbabit di Kok Lanas sekitar jam 9.30 pagi dalam keadaan selamat.
Bapa saudara mangsa, Che Azwadi Che Mud berkata, semasa kejadian berlaku, kakak bersama anak saudaranya dalam perjalanan ke sekolah tadika di Kemubu.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kakak berhenti untuk membeli kuih namun anak saudara berada dalam kereta kerana enggan turun. Secara tiba-tiba seorang lelaki datang terus masuk ke dalam kereta dan melarikan kenderaan bersama anak saudara saya.”
Walau bagaimanapun, mangsa kelihatan masih trauma.