Pelakon terkenal Gerak Khas iaitu Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan dilaporkan telah membuat laporan polis selepas dirinya ditipu oleh skim pelaburan atas talian.

Rugi Sebanyak RM18,500

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Instagram milik Abby Abadi, difahamkan beliau telah mengalami kerugian sebanyak RM18,500 dan mengakui bahawa perkara tersebut berlaku atas kecuaiannya sendiri yang mudah terpedaya dengan taktik scammer terbabit.

“Baran dah datang. Memang rasa sangat lebur duit aku dengan geng scammer ni. Baru tengah hari tadi (Rabu) ke balai polis buat laporan. Melampau sangat scammer berleluasa sekarang. Doakan saya dapat semula duit. Penat kerja. Kecuaian diri sendiri, harap tak lebur (duit) begitu sahaja”, luahnya.

Saja-Saja Masuk Group Telegram, Tetapi Diri Sendiri Terkena

Menurut Abby lagi, beliau pada awalnya hanya sekadar suka-suka memasuki group pelaburan tersebut dan hanya memerhati perbualan ahli dalam group sebelum yakin melakukan transaksi berjumlah RM4,000 sebagai pulangan. Namun pihak pelaburan terbabit turut meminta wang berjumlah RM14,500 yang dikatakan kos untuk pelaburan.

“Dipendekkan cerita lepas letak RM4,000 katanya tak perlu buat apa-apa, tetapi rupa-rupanya kena bayar lagi RM14,500 untuk kos seterusnya. Dah rasa macam kena scam, tetapi duit punya pasal dan mereka punya sembang bukan main lagi. Tertipu juga akhirnya”, tulisnya.

Pada masa yang sama, Abby juga turut memuat naik tangkap layar bersama individu terbabit yang menjanjikan pulangan sebanyak RM14,500 selepas tiga jam membuat transaksi pertama. Disebabkan ragu-ragu, Abby terus membuat laporan polis selepas pihak terbabit meminta beliau untuk melakukan transaksi kali ketiga berjumlah RM29,770 untuk urusan pemindahan wang daripada bank.

“Inilah bahana kalau tidak pernah merasa cukup. Walau nampak macam tipu tetapi terfikir betapa mudah dapat pulangan secepat itu. Terfikir-fikir untuk melabur.. terjebak juga akhirnya. Nampak macam pelik tetapi kalah juga dengan permainan mereka”, ceritanya.

Kredit: Instagram mamaebbyabadi

[fbcomments]