Tugas pasukan barisan hadapan terutama petugas kesihatan bukan mudah, terutama ketika sistem kesihatan negara tertumpu kepada usaha merawat dan menghapuskan COVID-19 ketika keadaan pandemik ni.
Namun dalam masa yang sama, mereka turut risau dan bimbang terhadap keselamatan keluarga mereka kerana mereka terdedah kepada risiko secara harian.
Itulah yang turut dialami oleh seorang petugas barisan hadapan apabila dia perlu bersedia untuk berkorban tenaga dan masa demi berbakti kepada negara.
Tinggalkan anak dan suami, demi negara
Siti Nurjannah yang juga merupakan seorang isteri dan ibu kepada lima orang cahaya mata mengambil tanggungjawab bertugas ke Sabah yang diketahui umum sebagai zon merah.
Jelas Nurjannah, tindakannya bukanlah di atas sebab peribadi sebaliknya apa yang dilakukan atas dasar rasa tanggungjawab kepada negara dan ingin membantu rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Ada mulut-mulut mengatakan aku BODOH sebab serah diri ke tempat yang sememangnya diketahui sebagai RED ZONE, ada juga mengatakan seronok sebab akan dapat elaun..tapi aku tak kisah..tujuan aku pergi semata-mata kerana ingin berbakti pada negara…
Disahkan positif Covid-19
Namun siapa sangka benda yang paling ditakuti ini turut terjadi apabila dia juga disahkan positif Covid-19 setelah 18 hari bertugas di Sabah.
Setelah 18 hari aku di bumi Sabah, aku disahkan positif Covid-19. Benda yang aku paling tak jangka, yang aku tak pernah mimpi,yang aku takuti, terjadi jua…
Kerinduan seorang anak
Ibu mana yang tidak sayu hatinya bila guru kepada anaknya menghantar mesej sebegini.
Sudahlah terpisah kerana tanggungjawab dan amanah yang dipukul, kini diri pula diuji sebegini.
Semoga wanita ini segera sembuh dan dipermudahkan segala urusannya. Terima kasih kerana telah sanggup menyalur bakti buat negara tercinta.