Penerbit terkenal iaitu Datuk A.Aida memaklumkan bahawa beliau enggan untuk bekerjasama bersama pelakon Ruhainies lagi susulan isu ditangkap berkhalwat dengan Aliff Aziz yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
“Tidak Akan Ada Peluang Lagu Untuk Mu”
Menerusi perkongsian di laman Instagram milik A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, beliau meluahkan rasa kesal terhadap Ruhainies yang pernah beliau anggap sebagai pelakon kesayangannya.
Difahamkan, Ruhainies sepatutnya bakal memulakan penggambaran sebuah telefilem berjudul Elham Untuk Nian pada April. Namun, A.Aida serta pasukan produksinya telah bersetuju untuk mencari pelakon wanita lain untuk menggantikan watak yang Ruhainies bawa dalam telefilem berkenaan.
“Kita berbincang dan sudah tetapkan tarikh. Cuma belum tandatangan kontrak sahaja. Kalau sudah tandatangan pun saya sebagai penerbit berhak untuk buang namanya. Bagi saya isu yang berlaku ini serius dan dia terpaksa akur namanya tidak lagi terlibat dalam telemovie itu nanti. Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis yang buat masalah saya akan blacklist,” jelasnya.
Bagi Pengajaran Buat Artis Terpalit Kontroversi
Mengulas dengan lebih lanjut, A.Aida turut mengakui tindakan segini adalah untuk memberi pengajaran buat anak seni di luar sana agar tidak terpalit dan terlibat dengan kontroversi yang boleh mencemarkan nama baik industri. Dalam masa yang sama, A.Aida juga mahu menjaga hubungan baik dan reputasi bersama Bella.
“Saya pun baik dengan Bella, jadi rasanya tidak elok saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu yang berlaku melibatkan mereka semua. Bagi saya tindakan (blacklist) sebegini harus jadi pengajaran buat semua. Seorang artis itu sepatutnya menjadi contoh kepada orang ramai,” katanya lagi.
Sebelum ini, Ruhainies dan Aliff Aziz telah ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah pada awal pagi. Namun Ruhainies telah menjelaskan bahawa hubungannya bersama Aliff tidak lebih daripada sekadar kawan dan menyifatkan beberapa fakta mengenai isu diperkatakan tidak benar sama sekali.
Kredit: Instagram A.Aida