Akibat terpalit dengan kontroversi berkhalwat bersama Aliff Aziz, pelakon Ruhainies dikaburkan mukanya dalam sebuah iklan yang bersempenakan Ramadan dan Aidilfitri baru-baru ini.
@kitsuimalaysia KENYATAAN RASMI Sempena bulan ramadhan al mubarak ini, KITSUI dengan rendah diri 🙏🏻🙏🏻 ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama posting kami yang melibatkan seorang artis terkenal tanah air. Penggambaran iklan produk KITSUI ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies. Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada october 2023 Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, KITSUI berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini. ⛔️⛔️ KITSUI TIDAK MENYOKONG MANA-MANA PIHAK, KELAKUAN BURUK ATAU KONTROVERSI ⛔️⛔️ Di kesempatan ini bersempena bulan mulia, pihak kitsui berbesar hati ingin menginfaqkan sebahagian keuntungan kami kepada pihak² yang memerlukan terutama rumah anak² yatim. Semoga dengan setiap ringgit pembelian mendapat rahmat dan berkat dariNya. Terima kasih atas segala sokongan dan keprihatinan anda terhadap Kitsui. KITSUI mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan kepada semua umat Islam. #kitsuiprotectwoman#womanprotectwoman#kitsui @Wany Hasrita
Tiada Kompromi, Pihak Produksi Taknak Jejaskan Reputasi Angkara Kontroversi Sensasi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kitsuimalaysia di laman TikTok, dapat dilihat wajah Ruhainies telah disunting dan dikaburkan dalam iklan ucapan Ramadan produksi terbabit. Bagaimanapun, wajah dua lagi selebriti iaitu Hisyam Hamid dan Wany Hasrita yang turut muncul dalam iklan berkenaan tidak dikaburkan.
Pemilik iklan tersebut turut memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berhubung penayangan iklan yang dipaparkan.
“Sempena bulan Ramadan Al Mubarak ini, kami dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama hantaran kami yang membabitkan seorang artis terkenal tanah air. Penggambaran iklan produk ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies. Rakaman dibuat selepas penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tidak Menyokong Mana-Mana Pihak Yang Buat Masalah
Pihak mereka juga berharap agar isu berkhalwat yang membabitkan Ruhainies baru-baru ini tidak akan memberi kesan kepada video yang mereka sedang promosikan sekarang.
“Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, kami berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman itu sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi terbabit dalam menjayakan iklan ini.
“Kami tidak menyokong mana-mana pihak, kelakuan buruk atau kontroversi,” tulisnya.
Kredit: TikTok kitsuimalaysia