Siapa sangka hajat untuk pulang ke pangkuan isteri tercinta setelah setahun terpisah demi melaksanakan tugas sebagai anggota misi pengaman di Lubnan tidak kesampaian apabila ia bertukar menjadi perpisahan selama-lamanya buat Lans Koperal Mohd Noh Samsudin dan isterinya Allahyarham Norhidayah.

Pulang awal, isteri tenat

Beliau yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) itu, diberikan kebenaran khas pulang awal selepas isterinya tenat seminggu lalu.

Bagaimanapun, anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) itu terpaksa mematuhi SOP dengan menjalani kuarantin hingga tidak dapat menatap wajah isterinya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Berpakaian PPE hadir ke perkuburan

Isteri beliau meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Saya dan seluruh ahli keluarga sayu melihat dia terpaksa berpakaian PPE ketika hadir dan perlu pulang semula ke pusat kuarantin.

PENGHORMATAN TERAKHIR SUAMI BUAT ISTERI TERSAYANG; ANGGOTA MALBATT 850-7Kehilangan insan yang dicintai sangat…

Posted by MyJointForce on Jumaat, 18 September 2020
[fbcomments]