fbpx

Baru-baru ini media melaporkan sepasang suami dan isteri ditahan polis selepas dipercayai tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air yang mengandungi dadah jenis syabu di sebuah flat yang terletak di Taman Medan, pada 19 Februari lalu.

Pasangan Suami Isteri Didakwa

Terbaharu, pasangan suami isteri ini telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap bayi lelaki mereka dengan memberi air susu bercampur dadah merbahaya jenis Methamphetamine, walaupun secara tidak sengaja.

Tertuduh iaitu , Nabila Huda Fadli, 34, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh manakala suaminya, Sofian Mustapa Zain, 40, mengaku tidak bersalah.

Berdasarkan fakta pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati melakukan penganiayaan terhadap bayi lelaki berusia satu tahun empat bulan dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandungi dadah merbahaya jenis Methamphetamine sehingga menyebabkan mangsa mengalami ‘allegedsympathomimetic drug ingestion’.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Hakim Tetapkan 13 Mac Depan Untuk Jatuh Hukuman

Sebelum ini pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 setiap tertuduh selain mereka perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran selama sebulan sekali, serta tidak mengganggu saksi kes.

Namun tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah untuk mengurangkan jumlah jaminan atas alasan tidak bekerja selain perlu menjaga ibu dan tiga anaknya. Sofian pula memaklumkan mahkamah bahawa dia tidak bekerja tetap dan perlu menanggung keluarga yang lain.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 seorang berserta syarat tambahan yang ditetapkan oleh pihak pendakwaan.

Hakim Dr Syahliza juga menetapkan 13 Mac depan untuk fakta dan jatuh hukum bagi Nabila Huda manakala lantikan peguam dan pengurusan kes untuk Sofian.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]