Menjadi anak kepada seseorang yang dikenali semestinya datang dengan cabaran yang tersendiri. Begitulah yang berlaku kepada Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli yang merupakan anak kepada menteri pendidikan Fadhlina Sidek.

Thurraya ditemani kedua ibu bapanya mengambil keutusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada Khamis.

Sebagai anak sulung Thurraya mengaku sedikit gementar kerana memikul harapan yang besar selain risau jika gagal mendapat keputusan yang membanggakan.

“Sebagai anak Menteri Pendidikan dan anak sulung pula, saya akui tertekan kerana ramai pihak meletakkan harapan yang tinggi.

“Bagaimanapun mak saya sentiasa memberikan sokongan dan tidak kisah dengan apa juga keputusan yang diperoleh.

“Sambil peluk, mak saya ucapkan tahniah kepada saya,” katanya pada pihak media.

Difahamkan, Thurraya berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 9A dan 2B+. Dia berhasrat untuk menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang kemanusiaan.

[fbcomments]