fbpx

Seorang remaja perempuan yang juga merupakan anak kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu dilaporkan maut akibat tertembak dirinya sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya, dalam kejadian di Lahad Datu pada Selasa.

Tertembak Diri Sendiri Guna Pistol Bapa

Memetik laporan Buletin TV3, mangsa yang berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya pada jam 12.42 tengah hari.

Difahamkan ketika kejadian, bapa mangsa sedang bertugas di pejabatnya dan senjata api berkenaan dikatakan tertinggal di rumah. Mangsa kemudiannya dipercayai memegang pistol terbabit sebelum secara tidak sengaja menembak dirinya sendiri.

Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan kejadian tersebut sambil menjelaskan siasatan sedang dijalankan.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan insiden ini,” katanya.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kamis pada hari ini selepas urusan bedah siasat selesai.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]